Islam Liberalisme & Pluralisme Satu Fahaman Sonsang

Posted on March 31, 2008. Filed under: Uncategorized |

Baru-baru ini telah timbul isu di negara kita yang hangat diperkatakan dan dibincangkan oleh para ulama dan ahli cendikiwan yang peka mengenai fahaman Islam Liberalisme dan Islam Pluralisme. Secara literalnya apabila kita merujuk kepada kamus dewan Liberal bermaksud bersifat atau berpandangan bebas, berpandangan terbuka (tidak terkongkong kepada suatu aliran pemikiran sahaja. Manakala Pluralisme pula bermaksud keadaan masyarakat yang terdiri daripada beberapa kaum, kebudayaan dan kepercayaan agama.Apabila liberal ditafsirkan secara konseptualnya ia bermaksud memahami nas-nas agama iaitu Al-Quran dan As-Sunnah dengan menggunakan akal fikiran yang bebas dan hanya menggunakan doktrin–doktrin agama yang bersesuaian dengan akal fikiran semata-semata. Manakala pluralisme pula adalah semua agama adalah sama kerana setiap kebenaran ada hubung kaitnya. Oleh sebab itu setiap penganut agama tidak boleh mengatakan bahawa hanya agamanya sahaja yang benar agama yang lain salah. Fahaman ini juga mengatakan semua penganut agama yang berlainan akan hidup di syurga bersama-sama. Inilah yang menjadi pokok perbincanagan para ulama dan keresahan terhadap tafsiran yang begiu menyongsang ini.

Isu yang dibincangkan oleh para ulama mengenai fahaman agama islam liberalisme dan pluralisme ini telah membangkitkan perasaan yang resah dan tidak senang kepada umat islam malah juga kepada bukan islam. Banyak faktor yang menyebabkan umat islam tidak boleh menerima dua fahaman yang begitu janggal dari sudut kefahaman islam yang sebenar ini. Ini kerana dua fahaman yang dibawa ini adalah sesuatu yang begitu bercanggah dengan iqtiqad dan pegangan kita selama ini. Kita tidak boleh membiarkan masyarakat terpengaruh dengan dakyah-dakyah songsang ini. Ini kerana sejarah penyebaran ajaran sesat dinegara ini sudah mampu untuk membuktikan bahawa umat islam dinegara ini begitu mudah untuk menerima dan berpegang teguh dengan fahaman songsang.

Mengikut sejarah pada asalnya ajaran-ajaran ini berkembang sejak sepuluh tahun yang lalu. Ianya berasal dari asia barat bermula dari negara mesir dan sudan. Akibat fahaman dan penyebaran ajaran yang begitu aktif dan sistematik maka akhirnya fahaman ini telah tersebar jauh hingga ke benua Eropah, Indonesia dan akhirnya tiba di Malaysia. Indonesia yang mempunyai umat Islam terbesar di dunia telah menerima fahaman islam libral ini sehingga tertubuhnya organisasi Jaringan Islam Libral (JIL). Liberisme itu sendiri mempunyai pelbagai-bagai cabang. Antaranya ialah marxisme, materelisme, sekularisme, humanisme dan juga nasionalisme. Kesemua fahaman ini bersifat keduniaan semata-mata. Namun di Malaysia konsep fahaman libral ini ditolak seratus peratus. Menurut Ustaz Azhar Ibrahim Rasyidi Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) konsep Islam Plural dilihat dalam konteks yang berbeza iaitu kebebasan dari segi mempraktikan agama kerana islam menerima kewujudan agama lain bukannya mengatakan semua agama adalah sama seperti yang diwar-warkan oleh mereka yang berfahaman pluralisme.

Sebagaimana yang kita maklum fahaman Islam liberalisma dan Pluralisme ini tidak boleh dipraktikkan atas sebab-sebab yang tertentu. Contohnya di Negara kita sendiri faktor utama yang menjadi pemangkin kepada penolakan fahaman ini adalah kerana pegagan kita adalah berteraskan kepada iqtiqad mazhab As-syafii iaitu ahli sunnah dan Jamaah, kita tidak dibenarkan mengikuti fahaman dan tafsiran lain. Akan tetapi kita dibenarkan mengambil kira  pendapat mazhab lain untuk kemaslahatan dan fada’il yang lain terhadap umat islam dinegara ini.

Umat Islam dibenarkan mempunyai pendapat dan pandangan terhadap sesuatu perkara berkaitan dengan agama yang berbentuk syariat mahupun iqtiqad. Walaubagaimanapun, setiap unjuran pandangan dan tafsiran yang ingin dikeluarkan ditengah-tengah masyarakat Islam yang hidup majmuk ini haruslah diadakan  musyawarah dan muzakarah dikalangan alim ulama sebelum unjuran pendapat dan tafsiran itu dibenarkan atau dibatilkan. Ini kerana segala yang berkaitan dengan pelaksanaan syariat adalah tertakluk dibawah kuasa Majlis Agama Islam disetiap negeri.

Faktor kedua kepada penolakan fahaman-fahaman ini adalah disebabkan oleh ajaran-ajaran yang diterapkan didalamnya adalah bercanggah dengan akidah. Jika dilihat kepada perincian fahaman liberal ini, mereka mahukan penafsiran ayat Al Quran itu berdasarkan kepada konteks semasa. Penafsiran itu boleh dilakukan mengikut konteks semasa tetapi hendaklah mengikut kepada langkah-langkah yang telah ditetapkan oleh ulama-ulama supaya makna disebalik ayat al Quran itu tidak terpesong dari makna yang hakiki. Masalah timbul apabila fahaman ini mahu mentafsirkan ayat Al quran berdasarkan konteks pada zaman Rasullullah. Terdapat fahaman utama yang menjadi teras kepada Islam liberal iaitu wujudnya kritikan terhadap teks Al Quran. Fahaman ini mengatakan bahawa teks Al Quran itu adalah daripada hasil penulisan daripada Allah dan juga junjungan mulia nabi Muhammad yang diubah mengikut keperluan dan masyarakat waktu itu. Maka mereka berpendapat bahawa agama islam adalah agama yang dicipta oleh nabi Muhammad sendiri.

Disebabkan kecelaruan pemikiran fahaman ini mereka juga mahu melibatkan masyarakat awam yang kurang faham tentang agama dengan mengatakan bahawa tafsiran Ahli Sunnah Wal Jamaah terhadap teks-teks Al Quran adalah tidak benar dan tidak tepat. Sebagaimana yang kita ketahui dan wajib percaya nabi Muhammad adalah seorang yang buta huruf ataupun ummi. Nabi Muhammad adalah bersifat pasif ketika menerima wahyu dari Allah Ini kerana tugas junjungan yang mulia ini hanyalah menyampaikan apa yang disuruh oleh Allah S.W.T. Syariat didalam Al Quran tidak akan berubah walaupun melalui peredaran dan perubahan zaman.

Faktor lain mengenai fahaman ini adalah mereka menolak perlaksanaan tuntutan syariat. Liberalisme menolak akidah Islam untuk melaksanakan hukum Allah dan Rasul-Nya sebagai petunjuk kebenaran. Inilah yang dinyatakan oleh Al Quraan Al Karim dalam penjelasan yang sangat nyata dan jelas, tanpa ada kesamaran di dalamnya. Allah ‘Azza wa Jalla berfirman,

“Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata”. Al Ahzaab: 36

Fahaman ini juga mengatakan bahawa nabi Muhammad tidak menyampaikan ajaran-ajaran islam dengan sempurna .Malah ada dikalangan golongan fahaman islam liberal ini mengaku dirinya adalah pelengkap ajaran islam yang mana nabi Muhammad dahulu tidak menyempurnakan fahaman dakwah baginda. Contohnya individu yang boleh dikaitkan dengan perkara ini ialah Abdullah al-Naim, seorang penulis yang berasal dari Sudan telah menghasilkan sebuah karya yang berjudul “Toward an Islamic Reformation” (1989) yang intinya merombak pemahaman orang Islam terhadap syariat.

Berikutan penolakan syariat islam, secara tidak langsung fahaman ini telah menolok penubuhan sebuah Negara islam yang mengamalkan dasar-dasar dan prinsip-prinsip syariat. Ini kerana fahaman ini telah menafikan bahawa wujudnya ayat-ayat Al- Quran dan As-Sunnah yang mengatakan perlunya wujud sebuah Negara islam. Mereka mengatakan bahawa sesebuah Negara itu tidak perlu untuk menjadi sebuah Negara islam yang mengamalkan prinsip syariat sepenuhnya akan tetapi apa yang lebih penting ialah mengamalkan system yang mampu unutk menegakkan keadilan sosial. Jika dilihat dari ajaran islam itu sendiri, ajarannya adalah menyeluruh bukan hanya terbatas kepada kehendak sosial sahaja malah ianya meliputi aspek pembangunan dan pemantapan isi rohani dan fizikal sesebuah masyarakat dan Negara itu.

Tidak kurang hebat juga bagi fahaman Islam pluralisme, fahaman ini mengatakan bahawa setiap agama yang ada dimuka bumi ini adalah sama dan juga tujuannya adalah untuk mengajak kepada kebaikan. Disebalik ajaran semua agama itu adalah sama terselit satu pengiktirafan dan permintaan kepada dunia islam bahawa semua agama seharusnya dilayan dengan sama rata dan adil. Tidak timbul soal diskriminasi terhadap apa jua aktiviti yang dijalankan. Agama-agama yang lain juga berhak untuk mendapat keistimewaan didalam semua perkara yang disediakan oleh kerajaan. Golongan ini juga berpendapat bahawa didalam islam wajar muncul pelbagai fahaman yang tidak perlu tertakluk kepada pengiktirafan daripada institusi agama ataupun ulama.

Di dalam ajaran Islam, agama islam itu adalah suatu agama yang benar dan tidak boleh disamakan dengan agama-agama lain yang telah dicipta oleh manusia. Sebagaimana yang kita tahu hanya agama islam sahaja yang dirahmati oleh Allah. Sebagaimana firman Allah “sesungguhnya agama yang berada disisi Allah itu ialah Islam”. Jelas dari apa yang telah dinyatakan oleh Al Quran bahawa hanya Islam yang layak mendapat segala keistimewaan melebihi daripada agama lain samada dari sudut material mahupun sokongan. Didalam islam tidaklah salah untuk muncul pelbagai fahaman akan tetapi setiap fahaman haruslah berpandukan dengan dalil nakli dan aqli. Tujuananya adalah untuk memastikan bahawa fahaman atau ajaran yang kita bawakan itu adalah tidak tersasar dari tuntutan syariat yang sebenar. Lihat saja Aminah Wadud imam wanita yang kontrovesi disebabkan dia begitu berpegang kepada fahaman pluralisme dia menganggap bahawa wanita juga adalah setaraf dengan lelaki sehingga menolak ajaran syariat hanya untuk memeuhi tuntutan nafsu yang ditunjangi dengan fahaman ajaran songsang yang menyesatkan golongan yang kurang arif dan jahil dalam agama islam ini.

Jika kita mengambil contoh dinegara kita sendiri mengikut artikel yang telah diperuntukkan di dalam perlembagaan persekutuan 3(1) Agama rasmi negara adalah islam tetapi agama lain bebas untuk mengamalkan agama mreka dimana-mana sahaja. Jika tidak ada peruntukan seperti ini didalam perlembagaan persekutuan sudah tentu semua agama yang lain mahu menuntut dan mahu menjadikan agama mereka sebagai agama rasmi negara ini.

Akibat daripada dua fahaman yang songsang ini banyak implikasi yang timbul dikalangan masyarakat islam itu sendiri seperti syirik, murtad, fasiq, dan lain-lain. Fahaman ini kebanyakan menolak perkara yangberkaitan dengan syariat Islam, mereka menyebarkan bahawa syariat islam adalah suatu perkara yang mengongkong kehidupan dan ketamadunan. Golongan ini menyebarkan fahaman yang begitu ekstrim sehinggakan ada dikalangan umat Islam menjadi murtad dan fasik. Lihat saja kepada Mustafa kamal atartuk yang membawa Turki sehingga berjaya menjadikan Negara itu sebagai Islam sekular. Akibat dari fahaman itu seluruh umat islam dinegara itu hidup dibawah lembayung sekularisme yang mengagungkan budaya barat melebihi daripada agama islam itu sendiri.

Di negara kita pula lihat sahaja kepada kes Lina Joy. Walaupun tuntutannya untuk membuang perkataan islam didalam kad pengenalannya gagal namun dia tetap dengan pendiriannya yang tidak mahu kembali kepada agama islam. Disebalik kekalutan kes Lina joy ini, terdapat beberapa pertubuhan bukan kerajaan NGO yang menjadi nadi dalam menyokong keterbukaan dalam beragama. Mereka membawa fahaman yang begitu terbuka sehinggakan mereka mencadangkan sesiapa sahaja bebas unutuk keluar dari agama mereka yang asal dan bebas untuk memilih agama yang mereka kehendaki. Golongan yang memperjuangkan ini terdiri terdiri daripada berlainan agama tetapi duduk dibawah satu payung yang dinamakan suruhan jaya antara agama-agama IRC. Apa yang menyedihkan dalam hal ini antara yang kuat menyokong usul ini adalah daripada umat islam sendiri iaitu sisters in islam. Mereka menetapkan hukum tentang sesuatu perkara itu dengan menggunakan nas-nas yang lemah dan berpandukan dalil-dalil aqli sahaja tanpa menghiraukan dalil-dalil naqli iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Ini kerana mereka mahu melonggarkan ikatan hukum-hukum islam yang berpandukan dalil naqli dan aqli kepada menetapkan hukum yang lebih bersifat keterbukaan. Dengan erti kata lain mereka mahu menggunakan justifikasi darurah dan ijtihad sewenang-wenangnya dalam menetapkan sesuatu hukum mengikut peredaran zaman.

Akhir-akhir ini golongan bukan islam telah membangkitkan isu mengenai kewibawaan majlis fatwa kebangsaan dan juga autoriti ulama. Mereka berani mempersoalkan mengenai agama islam sedangkan kita tahu bahawa agama islam itu adalah suci dan tidak layak dipersoalkan oleh agama-agama lain dari sudut perlaksanaan system pentadbiran dan juga hukum-hukum syariat. Lebih teruk lagi fahaman ini mengatakan bahawa autoriti agama tidak lagi berada ditangan para ulama. Mereka membawa konsep kesaksamaan yang mana semua golongan boleh memberikan pentafsiran tentang agama. Antara contohnya mereka mengatakan hukum-hukum islam yang berkaitan dengan poligami seharusnya dimansuhkan kerana tidak lagi praktikal dan efisyen dengan peredaran zaman.

Implikasi lain yang timbul dari fahaman ini adalah perpecahan dikalangan masyarakat, berikutan fahaman yang dibawakan adalah baru dan begitu mudah cara perlaksanaanya, mereka telah menerima fahaman ini dengan mudah. Maka timbullah golongan dari puak yang berbeza seterusnya akan tercetuslah perbalahan sehingga tergugat keharmonian sesebuah masyarkat islam itu sendiri. Lihat saja contoh di Indonesia yang mana telah berlaku keretakan hubungan sesama islam akibat keraguan akidah yang melanda dalam pemikiran mereka.Akibat daripada situasi ini Majlis Ulama Islam (MUI) indonesia telah mengharamkam fahaman libral dan plural ini.

Disebalik kegairahan penyebaran yang datang dari fahaman islam plurisme dan liberisme ini, secara tidak langsung ianya membuka pintu kepada musuh-musuh islam seperti zionis, sekularis barat dan juga pekembangan kepada agama-agama yang lain. Mereka tidak lagi masuk menggunakan pintu belakang dalam menyebarkan dakyah-dakyah mereka akan tetapi dengan mengikut pintu hadapan yang disambut oleh golongan islam yang menjunjung islam plurisme dan liberisme ini. Maka lebih mudahlah bagi mereka untuk merealisasikan cita-cita untuk menghancurkan islam. Status agama islam yang kian lemah akan dilemahkan lagi dengan sogokan dakyah-dakyah hina yang kononnya lebih bertamadun dari agama islam itu sendiri.

Fahaman golongan ini juga telah membawa satu usaha yang mana mereka mahu agama islam yang syumul itu kepada status yang lebih rendah. fahaman ini mahu menjadikan agama islam adalah agama yang hanya tertakluk kepada agama sivil atau peribadi semata-mata. Konsep moderat yang mereka bawakan itu langsung tidak berdasarkan kepada dalil naqli yang sebenar yang berkaitan dengan keadilan (ummatan wasatan). Mereka telah membawakan perubahan kedalam konsep asas islam seperti jihad, hudud, dakwah dan madrasah yang mengikut acuan moderat dari Negara barat. Contohnya yang menjadi tulang belakang dalam usaha ini ialah Rand Copration, Belanda, Intitute Brooke dan banyak lagi.

Fahaman Islam liberal dan plural ini adalah suatu dakyah yang begitu bahaya dan menyosongakan akidah. Setiap doktrin dan method yang dicanagkan adalah amat mengelirukan dan merosakkan  bagi umat islam. Malah umat bukan islam juga akan mudah terpengaruh dengan dakyah-dakyah fahaman ini yang memberikan manfaat kepada agama mereka. Fahaman ini bergerak secara halus dengan menapilkan pendekatan yang menyenangkan seperti progresif, kesederhanaan, modeniti, keamanan, keadamaian, kemanusiaan dan hak asasi manusia. Justeru itu para cendikiawan islam khasnya dan masyarakat islam amnya harus mengambil inisiatif dan langkah yang lebih efisyen dan prakitkal dalam usaha untuk menyedarkan dan memberitahu masyarakat mengenai fahaman yang mampu menjadi nanah dan sterusnya menjadi kudis kepada pemikiran masyarakat khususnya umat islam.

Baru-baru ini telah timbul isu di negara kita yang hangat diperkatakan dan dibincangkan oleh para ulama dan ahli cendikiwan yang peka mengenai fahaman Islam Liberalisme dan Islam Pluralisme. Secara literalnya apabila kita merujuk kepada kamus dewan Liberal bermaksud bersifat atau berpandangan bebas, berpandangan terbuka (tidak terkongkong kepada suatu aliran pemikiran sahaja. Manakala Pluralisme pula bermaksud keadaan masyarakat yang terdiri daripada beberapa kaum, kebudayaan dan kepercayaan agama.

Apabila liberal ditafsirkan secara konseptualnya ia bermaksud memahami nas-nas agama iaitu Al-Quran dan As-Sunnah dengan menggunakan akal fikiran yang bebas dan hanya menggunakan doktrin–doktrin agama yang bersesuaian dengan akal fikiran semata-semata. Manakala pluralisme pula adalah semua agama adalah sama kerana setiap kebenaran ada hubung kaitnya. Oleh sebab itu setiap penganut agama tidak boleh mengatakan bahawa hanya agamanya sahaja yang benar agama yang lain salah. Fahaman ini juga mengatakan semua penganut agama yang berlainan akan hidup di syurga bersama-sama. Inilah yang menjadi pokok perbincanagan para ulama dan keresahan terhadap tafsiran yang begiu menyongsang ini.

Make a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

2 Responses to “Islam Liberalisme & Pluralisme Satu Fahaman Sonsang”

RSS Feed for Syikinyahya’s Weblog Comments RSS Feed

assalamualaikum,artikel ini boleh dikatakan bagus dengan isi yang mantap,tetapi penulis semestinya memperbanyakkan mengambil pandangan ulama dan ahli akademik untuk
menguatkan hujah agar ianya lebih mengukuhkan fakta dan menarik minat pembaca

bgus la….menarik..tngkatkan usaha anda…

Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: