Kempen Tutup Pintu di USIM
NILAI – Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan kempen Tutup Pintu sempena Minggu Integriti.
Kempen ini adalah satu kempen apabila para pelajar tidak dibenarkan masuk ke kuliah setelah lima minit sesi pembelajaran berlangsung sementara 10 minit bagi kelas tutorial.
Menurut Adrie Azharie, 23, pensyarah FPQS, kempen Tutup Pintu ini bertujuan mendidik para pelajar agar menepati masa kerana para pelajar tidak akan dibenarkan masuk ke kelas setelah tempoh yang diberikan tamat.
“Kempen ini bukan sahaja untuk pelajar FPQS malah untuk semua warga USIM agar saling ingat-mengingati tentang kepentingan masa.
Kempen ini akan berlangsung bukan sahaja sepanjang Minggu Integriti ini malahan akan diadakan sepanjang semester,” ujarnya lagi kepada USIM Today.
Salah seorang pelajar FPQS, Wahayu Hidayati Muchlis, 22, berkata, kempen ini bagus kerana dapat mendisplinkan warga USIM dalam usaha menjadikan USIM sebuah universiti yang maju dalam semua aspek.
“Saya berpendapat dengan adanya kempen ini sesi pembelajaran akan berlangsung tepat pada masanya dan tidak akan berlaku lagi masalah kuliah lambat mula atau senario pensyarah tunggu pelajar untuk memulakan sesi pembelajaran.
Manakala Mohd Syafik Abu Hanifah, 23, menegaskan Kempen Tutup Pintu ini wajar diadakan kerana dapat memberi pengajaran kepada para pelajar tentang betapa pentingnya masa.
“Saya berharap kempen ini akan berjaya agar tidak berlaku lagi masalah pelajar datang lambat ke kelas,” tambahnya lagi.



haa lps ni jgan lmbt g sek tau..kang kne knci pntu
leenamoy
April 17, 2008
Hm, bagus kan kempen ni. Elok lah di perbanyakkan lagi kempen seumpama ini supaya dapat menyedarkan student USIM daripada bersikap sambil lewa dan dapat membentuk sahsiah diri yang lebih berdisiplin…
ayun
April 17, 2008
haa bagus kempen tuu…baru lah student berebut-rebut nk datang awal..
rozzuwanimohamad
April 18, 2008