Penganugerahan Ijazah Kehormat pertama USIM

Posted on April 9, 2008. Filed under: Uncategorized |

NILAI – USIM buat julung kalinya bakal menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (PHD) setelah tujuh tahun beroperasi kepada Prof Dr. Muhammad sayyid Tantawi, Sheikh Al-Azhar sebagai pengiktirafan sumbangan dan jasa tokoh ilmuan Islam yang ulung itu.

 

Majlis Penganugerahan ini bakal berlangsung pada 16 Februari 2008 bertempat di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

 

Penganugerahan ini bakal disempurnakan oleh Tunku Ampuan Negeri Sembilan Tuanku Najihah Tunku Besar Burhanuddin, yang merupakan Canselor USIM di dalam satu Majlis Konvokesyen Khas.

 

Sebelum dianugerahkan sebagai Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Sheikh Besar Universiti Al-Azhar pada 1996, Sheikh Al-Azhar, 80, merupakan Mufti kanan kerajaan Mesir selama 10 tahun.

 

Jawatan lain yang pernah disandang oleh beliau ialah Profesor di Universiti Islam Libya, Dekan Fakulti Usuluddin Universiti Al-Azhar cawangan Asyut, Ketua Jabatan Tafsir dan Ilmu-Ilmu Al-Quran di Universiti Islam Madinah serta menjadi Pensyarah Pelawat di Universiti Basrah, Iraq.

 

Sehingga kini, Sheikh Al-Azhar telah menghasilkan lebih 30 buah buku yang berbentuk ilmiah dalam pelbagai bidang seperti Tafsir, Hadith, Fiqah, dan Usuluddin.

 

Naib Canselor USIM, Yg. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj. Husin, berkata setelah diteliti oleh Lembaga Pengarah, Senat dan Kementerian Pengajian Tinggi, Sheikh Al-Azhar adalah calon yang sesuai untuk USIM menganugerahkan anugerah ini kerana hubungan pengajian dan pendekatan USIM yang dilihat hampir sama dengan Universiti Al-Azhar dari segi Pengajian Islam.

 

Tambah beliau lagi, kedudukan Sheikh Al-Azhar tidak boleh diragui lagi kerana beliau bukan sahaja tokoh agama malahan tokoh ilmuan yang banyak menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat, perkembangan agama dan pengurusan Islam.

 

“Penganugerahan ini merupakan satu penghormatan kepada USIM kerana ini merupakan kali pertama USIM memberi anugerah ini dan tokoh yang dipilih kena pada tempatnya,” katanya kepada USIM Today hari ini.

 

Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah USIM, Tan Sri Dr. Mohamad Yusof Mohd. Noor, pemilihan tokoh ini berdasarkan USIM sebuah Universiti Awam yang berteraskan Islam dan sudah semestinya mencari seorang tokoh yang telah mendapat pengikhtirafan dunia tentang ketokohannya dan memegang jawatan yang sememangnya dihormati.

 

“Ini adalah waktu yang sesuai untuk USIM sebagai sebuah universiti yang telah lebih lima tahun beroperasi untuk memberi anugerah ini,  tambahan pula sekarang telah hampir dengan musim Konvokesyen 2008,” katanya ketika ditemui semalam.

 muhammad marwan ismail

Seorang pensyarah FPBU, Muhammad Marwan Ismail, 29, berkata dengan penganugerahan ini USIM dapat membina hubungan luar yang baik di peringkat antarabangsa dalam usaha pengantarabangsaan USIM.

 

“Saya berharap pemilihan ini menjadi satu titik permulaan bagi USIM dalam usaha mencari lebih banyak tokoh-tokoh yang layak diberi anugerah agar USIM terus maju dan terkenal diseluruh dunia,” katanya lagi.

 

Salah seorang pelajar USIM, Nurul Fakhriah Mad Fauzi, 22 berpendapat melalui penganugerahan ini USIM akan lebih dikenali samada di dalam mahupun di luar negara.

 

Majlis penganugerahan ini juga, bakal disaksikan oleh para peserta Multaqa Sedunia Alumni Al-Azhar 2008.

 

Advertisements

Make a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

3 Responses to “Penganugerahan Ijazah Kehormat pertama USIM”

RSS Feed for Syikinyahya’s Weblog Comments RSS Feed

ASSALAMUALIKUM.OH BYK JUGA ULAMA NI DIE PUNYE JAWATAN EK.sAYA SUKA IPTA CAM USIM NI BAGI ANUGERAH CAM 2.SEKURANG-KURANGNYA JASA DIA DIKENANG DAN DIHARGAI ORANG.LAGI SATU BERITA NI
CMNI BAGUS DIPERBANYAKKAN SEBAB ORANG LUAR AKAN DAPAT MENGENALI USIM DENGAN LEBIH MENDALAM LAGI.

salam news dapat menarik perhatian pembaca. syeik tantawi adalah tokoh yang patut dikagumi.

pemilihan ini sgt bertepatan dgn status universiti kita..


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: